Thursday, 6 December 2012

Anak Johor






Orang cakap, nak kenal orang Johor ni senang je. Tengok cara dorang bercakap. Bila “berhijrah” ke negeri orang untuk sambung study, banyak la silang budaya dari segi komukasinye tu haa..


1.     Ano
Contoh la kawan nak angkat kain, “weh tolong ano kan baju aku sekali”. Maksudnya tolong la angkatkan sekali. Kadang-kadang nenek guna bila dia try nak ingat nama orang.. “Ala, si ano tu.. ala..apa tu nama….”
Kengkawan selalu bahan bila guna “ano”. So jarang la guna bila bukan dengan orang Johor.

2.    Saing
Al-kisahnya awal-awal sem, rapat la gak dengan sorang budak Kelantan ni. Kalau dekat Johor, saing tu maksudnya sama-sama seiringan gituu.. “kak, nanti nak saing ea..” Akak tu reply text cakap, ye, awak memang saing akak.. saing orang Kelantan jadi kawan, saing Johor lain pulak..

3.    Jajan
Jajan ni maksudnya makanan ringan la. I still remember bila cakap kat kawan (orang Perak), mintak dia belikan jajan. Memang muka blurr habis muka dia..

4.   Ek
Since berhijrah ke negeri Perak utk study, paling susah nak tinggalkan ek. Sampai kene tegur dengan my student. Ek tu memang tak bawa apa-apa meaning pun. Dia memang selalu melekat lagi-lagi untuk ayat tanya.
“Eh..awak semua ni tak reti diam ek….”
-gelak sakan-  pelik, apa yang lawak dgn ayat tu… dorang pun cakap,
“cikgu, ni bukan Johor.. Cikgu kena cakap mcm ni, “awk semua ni tak reti diam KE bukan EK.

5.    Menanguk
Maksudnya tak buat apa-apa. “Em ngantuk la menanguk je macam ni..”. tiba-tiba ada cikgu tu tegur, “kat Johor je saya selalu dengar ayat macam tu”.

6.   Belengas
“Tak selesa nak tidur dengan badan belengas macam ni”

7.    Berlenggeng
Tak pakai baju.. Biasanya lelaki la suka noh belenggeng dalam rumah. Panas katanya…

8.    Noh
“berat noh, bakul tu”. Noh tu bawa maksud sangat.

9.   Sangap
Kalau kat Johor, sangap ni menguap. Tapi kalau kat negeri orang lain jangan la mengade nak guna. Lain jadinya.

10.  Mengecang
“cuba jangan mengecang, asyik saling baju je kerja kau ni dik”.

11.     Semangka = tembikai

12.   Gebo  = selimut

13.   Gerobok / gobok = almari

14.   Tauk = letak

15. Leca (lece) = tilam
Kalau balik kampong merasa la nak dengar bunyi tu. sekarang dah jarang orang guna lece tu utk tilam..



Monday, 14 November 2011

ouh gadesh.!!

Ha, selak-selak fb, terjumpa satu ayat ni. X sure la dari side mana yang betul tapi masing=masing ada pendirian n fahaman tersendiri rite.? Ada sebilangan lelaki yang suka nak layan gurl dia tapi ade je yang x berapa nak ada masa layan-layan ni ha. Bercouple ala-ala matang agaknya.

Mybe ayat ni sesuai la sangat untuk kaum pempuan yang partnernye x berapa nak ada masa untuk selalu contact.


"I don’t need of someone who gives his whole time just to be with me then someday leave me. I prefer to be with someone who is so busy but at the end of the day calls me just to say,
“Goodnight, I miss you but I need to sleep. I had tough day. Don’t worry because tomorrow, I’m still yours."

Tuesday, 8 November 2011

PERKAP






PERKAP ni stand for Perkhemahan Kaunselor Pelatih UPSI. Untuk sem ktorg, cuma 6 orang je yang join. Yang lain sume sem 3 gn sem 1. Fasi-fasi lak sem 8. Pagi-pagi masa nak g tuh, dah mula rasa berat hati dah. Yelah, jadi golongan minoriti kot. Kompem x syok. Bukan sebab pk kenen gaul dengan junior. Oke je, tade hal larh. Tapi sebab x ramai gengkan.. huhu..

Dalam bas, nseb baik lah dapat dengan sem sendiri. tapi campur dengan sem 1 dengan 3 sikit. dalam bas memang enjoy habis larh sebab dapat karok kott.!! pakcik bas memang stylo. oke sangat over sebab duduk depan semata-mata nak conquer.

1st impression mse smpai dekat tempat kem.!!

Euww.!! Reban ke hape ni..? berbumbungkan zink berlantaikan tanah je.aneh-aneh aje umah cenggini. Haisy.!! Xya nak merungut sangat la. 3 hari kot kem.. belum malam, tapi dah fikir macam-macam. Waaaa...

hari pertama (Jumaat):

aktiviti pertama, panjat bukit lepas tu tutup mata. sampai kat satu tempat lapang ni, dia suruh pisah dengan kawan masing-masing. Ha lepas tu suruh jalan dengan dengo arahan yg die bg. oke tahniah badan bao lembu. masyam..!! lpas setel aktiviti tu, ktorg pun kne turun n masuk sungai. belajar cara nk apungkan diri. ha part ni sonok la gk. maen air kan... alhamdulillah tade buaya sungai..tapi buaya darat je melambak.


malam tu, cuma LDK kat dewan. tapi lepas LDK bagai, ada jungle tracking. adoi, lemah semangat. sama gak la dia bahagi dlm kumpulan.setiap kmpulan ade 2 batang lilin. tu untuk check point yg pertama. da setel, ktorg kne jalan tp tade lilin da. mse tu mmg dengar la ada yang mengaji, ada yang berzikir ramai. berdebar tunggu turn.!! setel check point kedua. yang ketiga, ktorg dilepaskan sesorg. oke tahnia pada diri sendiri sebab tetap teros bjalan walau pun macam nak bebel takot. dgn fasinye kacau kat setiap chenck point. aiyo...!! sampai tempat kem, dah pukul 3 pg. huarghh..!! ngantokk.. jom masok reban..zzzzzzz


hari kedua (sabtu):

aktiviti pagi tu, kene jalan redah arus sungai. yeay, dapat maen air lagi. tapi letih kot lawan arus. tengahari baru benti rehat. ktorg kene masak sndri. diorg bagi sardin, beras dan telor sebijik. hurm lenjan masokkan aje sume2 tuh dalam piyok. bila masok tekak,. tenggelam dah rasa x sedap sebab perot da bergendang sgt. nak balik tu kne ikot jalan kat utan. mcm nak tanggal kepala lutut. gerr.. petang baru sampai tempat kem. afta solat baru rehat. nikmatnyeeeee...

mcm biasa la, mlm LDK kt dewan. dapat balik reban awal sikit sebab sume letih.. yahoo..!!


hari ketiga (ahad)

hari ni lain macam sikit sebab sanggup bangun awal pagi n mandi.. semangat nak balik kot.! lpeas LDK, ktorg main perang2.. yeay balik.!!



apa yang bestnye ek..??

best sebab sebelum ni ta pena pn bertegor sape dgn junior. dengan senior pn tego lebih kurang je. tapi mse kt sne bole la dekat dgn dorg even ta dapat raapt gn semua an..


mampu buang rasa sebel sebab terpaksa. eh dipaksa kot join prog nih. bila tgk org laen mcm enjoy2 je, trse enjoy gk..


dapat bergosip.!! likeeeeeeeeeeeeee... :D




Thursday, 6 October 2011

oUh sEpTembEr..!!

Yahoo..! da habis pun bulan Sept. Haa la, mesti la gembira sakan sebab bulan sept paling padat kot. Rasa muka dah macam tak serupa manusia lain dah. Naik sem 5 Sept tu, terus gerak kerja untuk program Mesra Corner. Sebab masa tu budak-budak ijazah baru daftar U. Ni program kedua JMK KUO. Untuk program ni, ktorg kena jual-jual peralatan rumah untuk diorang. Alhamdulillah la, boleh balik modal dan ada untung pun. 


Semiggu lepas stay sini, my mom call suruh balik sebab tadika buat marhaban. Nak dijadikan cerita cikgu baru yang sepatutnya masuk minggu tu, tak datang pun. Plan punya plan, dapat la pelepasan daripada YDP untuk balik Johor jap. Masa marhaban tu jangan cakap la erti penat. Marhaban sehari dari pagi sampai petang untuk 15 buah rumah. Budak-budak ni macam biasa la, bukan kenal penat. Yang kitaorng ni dah macam hilang separuh nyawa dah jaga diorang. LEPAK...............!! Ahad tu, terus balik tg malim semula. Isnin dah kelas. Aiyooooooo..~


Ada 2 minggu lagi nak jumpa program Gemerlapan Syawal. program tu, syika yang handle. berdeboo aih..!! Itu pun dah ganjak tarikh sebab ada masalah peralatan.  Yang bestnya, kitaorng buat marhaban ke rumah pengetua KUO. Oleh sebab dia pengetua baru, jadi belum ada “ngam” lagi la dengan dia. 

sebelum bergerak ke rumah pengetua


khusyuk bermarhaban...






 jubah..jubah..jubah..










jmk..staf..felo..





 
Seminggu lepas marhaban, tibalah malam kemuncak Gemerpalan Syawal. Muka masing-masing penat yang amat. Rasa kesian dekat budak-budak ni yang kerah tenaga bagai nak rak. Tapi sangat sebel dengan orang-orang yang tak diberi rasa. Membebankan orang lain kot.! Kadang-kadang dalam menahan rasa tu, terlepas juga parasaan marah tu. Itulah, kalau dah tau sarang tebuan jangan dijolok, kenapa degilkan. Ha kan dah terima padah. (gerr)
Untuk program ni, kitaorang rasa kurang terbeban dengan adanya pertolongan daripada Rakan Exco JMK KUO & penghuni kolej. walau pun tak semua turun tolong, tapi yang dah sedia ada tu memang membantu sangat-sangat.


berbincang sampai lewat malam.

goreng kacang..

ni budak-budak sem 1..




potong ayam dgn daging... sampai lesung batu pun guna..haiya..!!

kad-kad raya yang dihantar penghuni... cantik kot!!

asri kena bebel dgn kak sukma sebab potong besar-besar. boleh tercekik  orang.

bergotong-royong masak mee

baju purple tu saya. baju biru tu ydp. tudung krim tu bendahari prog. sama-sama sekaki buat keje. ouchh..!!

semangat firdaus & iwan menyental kuali..

antara penghuni & JMK yang tolong aktiviti merewang.!!

gigih..  
persiapan tempat untuk makan penghuni..

pengetua kuo, dr bazrul bahaman pun turun padang masa ktorg rewang

hand made by kak lisa...

en syahdan, felo yang memantau gerak kije ktorg



Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba la juga. Sebelum tu, antara aktiviti lain yang dah gerak ialah pertadingan kad hari raya. Dan tak sampai seminggu penghuni  dah hantar kad raya. Untuk pertandingan kad raya, MT JMK dan saya dah pun buat penapisan awal sebelum bagi kepada pengetua untuk pilih yang paling terbaik. Tapi nak cakapnya, memang unexpected yang penglibatan penghuni akan sampai tahap tu. Persepsi awal, mungkin hanya sikit je penghuni yang libatkan diri rupanya meleset habis. sebelum malam kemuncak semua AJK Pelaksana dah sibuk-sibuk edarkan kupon makanan & cenderahati untuk setiap penghuni. semuanya untuk memastikan yang kebajikan mahasiswa ni terjaga walaupun ada yang tak dapat makan. nak buat macam mana, rezeki masing-masing. 










Semua menu, sepenuhnya dimasak oleh AJK Pelaksana. Memang gigih la sangat kan masak. Menu-menu yang disediakan kitaorang malam tu, mee goreng, soto, rendang, nasi himpit. Yang tempah Cuma satay je sebab tiada upaya untuk bakar bagai. Masak yang sedia ada dalam perancangan pun dah terasa bahang letih sebab masalah dari segi kekurangan peralatan. Tapi macam mana pun alhmadulillah, segala yang dirancang tu dipermudahkan DIA. sangat terharu dengan mereka-mereka yang tak kenal erti penat sampai hujung program. terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu program sy.. winxx...winxx... :)





Dua hari lepas program Gemerlapan Syawal habis, program reka cipta lagu patriotik. untuk program ni, bukan ktorg pun yang merancang, cuma datang menempek je buat meriah majlis. bukan nak show off dengan program tapi nak ceritanya yang penglibatan penghuni kolej tu sendiri yang rasa sangat teruja untuk diceritakan.

bayangkanlah, daripada tempat duduk bahagian depan sampai belakang, majoritinya semua yang memakai baju kolej. memang terserlah sangat kehijaunan KUO dalam dewan SITC tu. sampaikan MC petik nama kolej ktorg sbb  excited sangat respond. 

barisan JMK KUO

penghuni kuo

wakil kolej ktorg g depan :D


nyanyian lagu patriotik

hijau..!!

jom balik kolej. letih sudaaa...


Alhamdulillah, selesai sudah program untuk hari tu. Esoknya (Selasa) ada pertandingan perbarisan peringkat U. Bukan setakat pelajar saja yang terlibat, lecturer pun kena libatkan diri gak. Jadinya sangat meriah disitu. Untuk program perbarisana ni tak ada la penat mana sangat pun sebab yang join perbarisan wakil kolej tu, semuanya suksis. Selamat. 
[xde gambar sebab x dapat join tengok. lect x bg skip kls]


Next program, Program Pemantapan Rakan Exco (PROPEX). Program tu 3 hari lepas program perbarisan. Jadi hari Jumaat sampai Ahad la POPEX berlangsung. Untuk program ni, jadi fasi je. Tapi alhamdulillah la, sebab bila jadi fasi ni, lebih mudah dan senang untk dekati mereka. Program ni, buat dekat luar kat KEM LAMAN BESTARI. Antara aktiviti yang dijalankan macam flying fox, rafting. Semuanya yang enjoy2 saja, lebih pada out door. Sifat kepimpinan tu boleh dibentuk sepanjang masa buat program. Tapi kemesraan & ukhuwah tu mesti dibentuk di awal-awal. Sebab tu la program untuk dorg ni lebih bersifat santai....

Balik kuo hari ahad, malam Isnin ada watikah pelantikan rakan exco. semangat betul Rakan Exco. dari awal program kem, sampai la majlis watikah pelantikan diorang, semuanya tak ada tunjuk muka penat ke, merungut2 ke.. 
esoknya, hari Selasa pelajar dari sekolah Kuala Krai dtg sni. xtually tu program Dato Paduka TNC, n JMK KUO yang tolong gerakkan aktiviti2.. dan alhamdulillah baru tadi diorang balik semua kelantan. stay sini 3 hari.. 
[tired..!!]