Thursday, 6 October 2011

oUh sEpTembEr..!!

Yahoo..! da habis pun bulan Sept. Haa la, mesti la gembira sakan sebab bulan sept paling padat kot. Rasa muka dah macam tak serupa manusia lain dah. Naik sem 5 Sept tu, terus gerak kerja untuk program Mesra Corner. Sebab masa tu budak-budak ijazah baru daftar U. Ni program kedua JMK KUO. Untuk program ni, ktorg kena jual-jual peralatan rumah untuk diorang. Alhamdulillah la, boleh balik modal dan ada untung pun. 


Semiggu lepas stay sini, my mom call suruh balik sebab tadika buat marhaban. Nak dijadikan cerita cikgu baru yang sepatutnya masuk minggu tu, tak datang pun. Plan punya plan, dapat la pelepasan daripada YDP untuk balik Johor jap. Masa marhaban tu jangan cakap la erti penat. Marhaban sehari dari pagi sampai petang untuk 15 buah rumah. Budak-budak ni macam biasa la, bukan kenal penat. Yang kitaorng ni dah macam hilang separuh nyawa dah jaga diorang. LEPAK...............!! Ahad tu, terus balik tg malim semula. Isnin dah kelas. Aiyooooooo..~


Ada 2 minggu lagi nak jumpa program Gemerlapan Syawal. program tu, syika yang handle. berdeboo aih..!! Itu pun dah ganjak tarikh sebab ada masalah peralatan.  Yang bestnya, kitaorng buat marhaban ke rumah pengetua KUO. Oleh sebab dia pengetua baru, jadi belum ada “ngam” lagi la dengan dia. 

sebelum bergerak ke rumah pengetua


khusyuk bermarhaban...






 jubah..jubah..jubah..










jmk..staf..felo..





 
Seminggu lepas marhaban, tibalah malam kemuncak Gemerpalan Syawal. Muka masing-masing penat yang amat. Rasa kesian dekat budak-budak ni yang kerah tenaga bagai nak rak. Tapi sangat sebel dengan orang-orang yang tak diberi rasa. Membebankan orang lain kot.! Kadang-kadang dalam menahan rasa tu, terlepas juga parasaan marah tu. Itulah, kalau dah tau sarang tebuan jangan dijolok, kenapa degilkan. Ha kan dah terima padah. (gerr)
Untuk program ni, kitaorang rasa kurang terbeban dengan adanya pertolongan daripada Rakan Exco JMK KUO & penghuni kolej. walau pun tak semua turun tolong, tapi yang dah sedia ada tu memang membantu sangat-sangat.


berbincang sampai lewat malam.

goreng kacang..

ni budak-budak sem 1..




potong ayam dgn daging... sampai lesung batu pun guna..haiya..!!

kad-kad raya yang dihantar penghuni... cantik kot!!

asri kena bebel dgn kak sukma sebab potong besar-besar. boleh tercekik  orang.

bergotong-royong masak mee

baju purple tu saya. baju biru tu ydp. tudung krim tu bendahari prog. sama-sama sekaki buat keje. ouchh..!!

semangat firdaus & iwan menyental kuali..

antara penghuni & JMK yang tolong aktiviti merewang.!!

gigih..  
persiapan tempat untuk makan penghuni..

pengetua kuo, dr bazrul bahaman pun turun padang masa ktorg rewang

hand made by kak lisa...

en syahdan, felo yang memantau gerak kije ktorg



Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba la juga. Sebelum tu, antara aktiviti lain yang dah gerak ialah pertadingan kad hari raya. Dan tak sampai seminggu penghuni  dah hantar kad raya. Untuk pertandingan kad raya, MT JMK dan saya dah pun buat penapisan awal sebelum bagi kepada pengetua untuk pilih yang paling terbaik. Tapi nak cakapnya, memang unexpected yang penglibatan penghuni akan sampai tahap tu. Persepsi awal, mungkin hanya sikit je penghuni yang libatkan diri rupanya meleset habis. sebelum malam kemuncak semua AJK Pelaksana dah sibuk-sibuk edarkan kupon makanan & cenderahati untuk setiap penghuni. semuanya untuk memastikan yang kebajikan mahasiswa ni terjaga walaupun ada yang tak dapat makan. nak buat macam mana, rezeki masing-masing. 










Semua menu, sepenuhnya dimasak oleh AJK Pelaksana. Memang gigih la sangat kan masak. Menu-menu yang disediakan kitaorang malam tu, mee goreng, soto, rendang, nasi himpit. Yang tempah Cuma satay je sebab tiada upaya untuk bakar bagai. Masak yang sedia ada dalam perancangan pun dah terasa bahang letih sebab masalah dari segi kekurangan peralatan. Tapi macam mana pun alhmadulillah, segala yang dirancang tu dipermudahkan DIA. sangat terharu dengan mereka-mereka yang tak kenal erti penat sampai hujung program. terima kasih semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu program sy.. winxx...winxx... :)





Dua hari lepas program Gemerlapan Syawal habis, program reka cipta lagu patriotik. untuk program ni, bukan ktorg pun yang merancang, cuma datang menempek je buat meriah majlis. bukan nak show off dengan program tapi nak ceritanya yang penglibatan penghuni kolej tu sendiri yang rasa sangat teruja untuk diceritakan.

bayangkanlah, daripada tempat duduk bahagian depan sampai belakang, majoritinya semua yang memakai baju kolej. memang terserlah sangat kehijaunan KUO dalam dewan SITC tu. sampaikan MC petik nama kolej ktorg sbb  excited sangat respond. 

barisan JMK KUO

penghuni kuo

wakil kolej ktorg g depan :D


nyanyian lagu patriotik

hijau..!!

jom balik kolej. letih sudaaa...


Alhamdulillah, selesai sudah program untuk hari tu. Esoknya (Selasa) ada pertandingan perbarisan peringkat U. Bukan setakat pelajar saja yang terlibat, lecturer pun kena libatkan diri gak. Jadinya sangat meriah disitu. Untuk program perbarisana ni tak ada la penat mana sangat pun sebab yang join perbarisan wakil kolej tu, semuanya suksis. Selamat. 
[xde gambar sebab x dapat join tengok. lect x bg skip kls]


Next program, Program Pemantapan Rakan Exco (PROPEX). Program tu 3 hari lepas program perbarisan. Jadi hari Jumaat sampai Ahad la POPEX berlangsung. Untuk program ni, jadi fasi je. Tapi alhamdulillah la, sebab bila jadi fasi ni, lebih mudah dan senang untk dekati mereka. Program ni, buat dekat luar kat KEM LAMAN BESTARI. Antara aktiviti yang dijalankan macam flying fox, rafting. Semuanya yang enjoy2 saja, lebih pada out door. Sifat kepimpinan tu boleh dibentuk sepanjang masa buat program. Tapi kemesraan & ukhuwah tu mesti dibentuk di awal-awal. Sebab tu la program untuk dorg ni lebih bersifat santai....

Balik kuo hari ahad, malam Isnin ada watikah pelantikan rakan exco. semangat betul Rakan Exco. dari awal program kem, sampai la majlis watikah pelantikan diorang, semuanya tak ada tunjuk muka penat ke, merungut2 ke.. 
esoknya, hari Selasa pelajar dari sekolah Kuala Krai dtg sni. xtually tu program Dato Paduka TNC, n JMK KUO yang tolong gerakkan aktiviti2.. dan alhamdulillah baru tadi diorang balik semua kelantan. stay sini 3 hari.. 
[tired..!!]

No comments:

Post a Comment